Lebih 1,022 Individu diisytihar Muflis Gara-Gara Kad Kredit : Kementerian Kewangan Malaysia

151

Timbalan Menteri Kewangan Pertama Negara iaitu Datuk Othman Aziz melaporkan bahawa 1,022 individu di Malaysia menjadi muflis berikutan hutang kad kredit. Data itu hanya mengambil kira tempoh Januari sehingga Jun tahun ini.

Angka itu bersamaan dengan 0.03% daripada jumlah pengeluaran kad iaitu sebanyak 3.6 juta kad.

Dalam perdebatan di parlimen hari ini, Ahli Parlimen Pasir Putih iaitu Datuk Dr Nik Mazian Nik Mohamad meminta Kementerian Kewangan mendedahkan bilangan individu yang muflis disebabkan instrumen itu. Datuk Dr Nik Mazian juga mempersoalkan sama ada kementerian menyediakan sebarang inisiatif dalam menyediakan garis panduan kepada pengguna kad kredit untuk membantu mereka daripada menjadi muflis.

Bagi menjawab pertanyaan terbabit, Othman mengatakan bahawa Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan garis panduan dengan memastikan hanya pengguna yang layak dibenarkan untuk mempunyai kad kredit.

Antara kriteria yang dikenakan termasuklah meningkatkan had pendapatan tahunan minimum dari RM18,000 kepada RM24,000 sejak Mac 2011 lagi. Bagi pengguna yang mempunyai pendapatan RM36,000 atau kurang, mereka hanya dibenarkan untuk memegang dua kad kredit dengan had tidak melebihi dua kali daripada pendapatan bulanan mereka.

Dalam masa yang sama, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) akan terus memberi pendidikan kepada orang ramai mengenai pengurusan aliran tunai agar dapat mengurangkan risiko bankrap disebabkan oleh kad kredit.

Analisis Dari IEA Ini Pasti Menambah Kebimbangan Terhadap Pasaran Minyak Mentah Dunia! 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat