Lepas Bakar 2.7 Bilion Stablecoin aUSD, Acala Network Sambung Semula Operasi!

130

Selepas kegagalan mining stablecoin aUSD, Acala Networks menyambung semula operasinya berikutan referendum membenarkan LP mengeluarkan kecairan daripada pool atau token LP yang tidak digunakan.

Pada bulan Ogos, sejurus selepas konfigurasi liquidity pool iBTC/aUSD mengakibatkan 3.022 bilion aUSD disalah cetak, harganya menjadi $0.01.

Diperjelaskan, 2.97 bilion aUSD dapat dikembalikan semula setelah mengenalpasti address wallet yang menerima cetakan salah aUSD melalui on-chain tracing manakala 35 akaun lain memperoleh 12.38 juta.

Melalui laporan insiden, 16 penyumbang iBTC/aUSD LP telah berulang kali menambahkan liquidity kepada pool setelah menerima error mints*.

*Kemerosotan peralatan minting, kerosakan semasa proses mint atau campur tangan yang disengajakan

Punca insiden tersebut adalah disebabkan kelemahan dalam kod penjimatan DEX yang merupakan sebahagian daripada palet insentif, ulas syarikat itu.

Tambahnya lagi, Acala Network akan mengumumkan pelan hala tuju keselamatan dalam mengukuhkan keselamatan syarikatnya tidak lama lagi.

Sebagai rekod, error mint yang dicetak berjumlah 3.022 bilion aUSD, 2.97 bilion aUSD ditemui di 16 address penyumbang LP dan 12.38 juta aUSD pada 35 akaun teratas yang memperoleh sejumlah besar error mint aUSD.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat