Lepas Jatuh Rendah, USD Melonjak Semula! Kenapa?

827

US dolar didagangkan suram selepas dikecewakan oleh bacaan data inflasi AS yang lebih lemah daripada dijangkakan pada bulan Ogos.

Indeks harga pengguna (CPI) AS meningkat pada kadar yang lebih perlahan pada bulan lalu dengan kenaikan 0.3% dari bulan ke bulan, dan 5.3% secara tahunan.

Sementara inflasi teras, tidak termasuk harga makanan dan tenaga pula hanya meningkat sebanyak 0.1% pada bulan Ogos, kenaikan terkecil sejak Februari dari kenaikan 0.3% pada Julai.

Hal ini secara tidak langsung telah menimbulkan keraguan pasaran terhadap pengurangan rangsangan oleh Federal Reserve (Fed) akan dilaksanakan tahun ini.

Greenback jatuh mendadak susulan penerbitan data ini, sebelum kembali meningkat menjelang sesi akhir New York berikutan penurunan dalam pasaran saham AS yang berubah suram.

Bukan sahaja US dolar, tetapi matawang yen dan swiss franc juga mencatatkan kenaikan lebih tinggi. Kenaikan yen didorong oleh hasil bon AS yang merosot pada 1.28%, menyebabkannya didagangkan kukuh pada 109.55 berbanding USD.

Pada sesi Asia, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding enam matawang utama diniagakan pada 92.60.

Kebanyakan matawang utama, yang pada mulanya mencatat kenaikan susulan penyusutan USD, kembali memadamkan keuntungan dan didagangkan rendah.

Matawang pound kembali merosot ke paras harga 1.3800 selepas menyentuh paras ketinggian empat minggu pada 1.3910 pada sesi sebelum ini.

Euro pula sedikit berubah setelah menyusut rendah berikutan kenaikan semula US dolar, dengan didagangkan sekitar harga 1.1800 pada sesi Asia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat