Lima Perkara Anda Perlu Tahu Dalam Pasaran Global Hari Ini

28

Ini perkara-perkara yang anda perlu tahu dalam sesi awal pasaran Eropah sehingga pembukaan pasaran New York malam ini. Antara yang menarik hari ini ialah:

1) Perdana Menteri Theresa May perlu membuktikan pendirian beliau sebelum ini “tiada perjanjian adalah lebih baik dari perjanjian yang buruk” dengan menyediakan penilaian ekonomi berkaitan impak meninggalkan Kesatuan Eropah dengan tiada perjanjian, kata Jawatankuasa Parlimen UK pada Selasa. Jawatankuasa mahu kerajaan mengeluarkan perancangan kontinjensi jika gagal membuat perjanjian dengan Kesatuan Eropah.

2) Bank Pusat Australia (Reserve Bank of Australia, RBA) mengekalkan kadarnya dalam penetapan polisi monetari hari ini. Kadar (cash rate) dikekalkan di paras 1.50% tengah hari tadi yang telah dijangkakan oleh keseluruhan penganalisis ekonomi global.

3) Pasaran saham AS susut pada hari pertama minggu ini dalam dagangan suku kedua tahun 2017. Ketiga-tiga indeks S&P 500, Dow Jones, dan Nasdaq bermula dengan kenaikan, tetapi ditutup lebih rendah dengan masing-masing jatuh 0.20%, 0.06% dan 0.23%.

4) Pasaran saham Asia turut ditutup rendah berikutan penyusutan dalam pasaran AS. Nikkei merekodkan penyusutan 0.91%, paras terendah dalam tempoh sebulan. Bursa Malaysia pula ditutup lebih tinggi hari ini, dengan indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,747.19 naik 1.7 mata berbanding 1,745.49 pada penutup semalam.

5) Harga minyak mentah jatuh pada Selasa selepas pengeluaran minyak mentah di Libya kembali pulih disamping peningkatan aktiviti penggerudian AS yang berpotensi untuk meningkatkan bekalan. Brent mentah yang menjadi penanda aras antarabangsa menurun sebanyak 20 sen kepada $52.92 setong. Dalam sesi ini, minyak mentah dibuka lebih perlahan pada $50.04 setong.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat