London Bakal Kehilangan 10% Pekerjaan Dalam Sektor Kewangan Angkara Brexit

49

London bakal kehilangan 10 peratus daripada jumlah pekerjaan di sana jika Britain gagal untuk mendapatkan akses di pasaran Eropah selepas Brexit, menurut salah seorang pegawai di bandar London semalam.

Memetik kenyataan Jeremy Browne, Duta Kota Khas London, kira-kira satu persepuluh daripada pekerjaan di wilayah itu bergantung kepada akses penuh ke pasaran tunggal EU.

Menurut satu laman web khas, hampir 164,000 individu telah bekerja dalam sektor kewangan di London sejak tahun 2015. Keseluruhan pasaran ini akan terjejas sekiranya Brexit telah menarik akses masuk ke pasaran ini.

Browne yang juga seorang bekas ahli Parlimen Liberal Demokrat telah mengadakan lawatan ke semua negara yang bernaung dibawah Kesatuan Eropah sekurang-kurangnya sekali bagi bertemu dengan ahli-ahli politik, pegawai bank pusat, ahli perniagaan dan pengawal selia untuk mengetahui kesan Brexit menurut pandangan mereka.

Hasil pertemuan itu, separuh daripada individu di Brussels dan pusat Eropah yang lain mengatakan kebergantungan penuh mereka kepada institusi kewangan di London.

London merupakan satu-satunya kawasan yang telah mengundi pada bulan Jun untuk meninggalkan Kesatuan Eropah. Brexit juga telah mengakibatkan Paris, Franfurt, Dublin, Milan, Amsterdam dan Madrid berlumba-lumba untuk mengeluarkan firma kewangan mereka dari London.

Ingin Kaut Profit Habis-Habisan Sebelum Pasaran Berehat Menjelang Krismas? Baca Artikel Ini!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat