Lonjakan Emas Terhenti, Apa Kes?

2,211

Harga emas berehat dari meneruskan kenaikan lebih tinggi selepas menyentuh paras tertinggi terbaharu dua bulan pada sesi sebelum ini.

Pada sesi Asia, emas diniagakan berlegar pada $1,838 per auns, susut sedikit dari harga baharu $1,847 yang dicapainya sebelum ini. Sementara niaga hadapan emas pula didagangkan pada $1,839 per auns.

Terdahulu, emas meningkat tinggi susulan penyusutan hasil bon AS 10 tahun kepada 1.81%, mengurangkan kos peluang untuk memegang logam berharga itu.

Walaupun begitu, hasil bon masih berada di tahap tertinggi dua tahun disebabkan jangkaan pengetatan dasar lebih cepat dari Federal Reserve (Fed). Mesyuarat polisi FOMC pada minggu depan kini menjadi tumpuan utama pasaran.

Emas telah meningkat sekitar 1.2% pada minggu ini dan berada di landasan untuk kenaikan mingguan kedua, yang memberi permulaan baik bagi logam kuning itu pada tahun ini.

Peningkatan ini didorong oleh kebimbangan terhadap inflasi global yang terus meningkat, sekali gus memberi sokongan kepada emas sebagai lindung nilai kepada inflasi dan juga beberapa ketegangan geopolitik di Timur Tengah.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat