Lonjakan GBP/JPY Capai Paras Paling Tinggi Dalam Tempoh 6 Tahun!

240

Tahukah anda pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/JPY semalam merekodkan paras tertinggi terbaru lagi untuk tempoh 6 tahun?

Ye betul. Lonjakan harga pada pembukaan dagangan awal minggu semalam mencapai paras tertinggi sejak Februari 2016!

Mata wang safe-haven Yen mengekalkan penyusutannya yang berlarutan beberapa minggu susulan polisi dovish oleh bank pusat Jepun.

Dan lebih memberi kesan terhadap Yen apabila Bank of Japan (BOJ) dilaporkan telah menawarkan pembelian bon 10-tahun kerajaan Jepun tanpa had untuk mengimbangi hasil bon yang mencapai paras tertinggi 6 tahun.

Reaksi pasaran di sesi Asia semalam telah memperlihatkan lonjakan harga pada carta GBP/JPY melonjak melepasi paras rintangan 162.00 sehingga mencapai paras ketinggian terbaru sekitar 164.500.

Namun pada sesi Eropah bersambung ke sesi New York harga telah membuat penurunan semula ke zon 162.00 ekoran penyusutan oleh mata wang Pound selepas pasaran memberi reaksi terhadap komen yang agak berjaga-jaga oleh Gabenor bank pusat England, Andrew Bailey.

Penurunan harga walau bagaimanapun disokong oleh paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam, yang masih memberi isyarat untuk harga kekal bergerak dalam trend bullish.

Sekiranya harga berjaya melonjak semula dari zon 162.00, rintangan 164.500 yang dicapai harga pada lonjakan semalam akan kembali diuji sekali lagi.

Kenaikan lebih tinggi melepasi rintangan tersebut akan terus mencatatkan paras ketinggian terbaru 6 tahun.

Sebaliknya jika penurunan harga yang berlaku pada sesi Eropah semalam adalah pencetus pergerakan untuk trend bearish, pelabur perlu bersiap sedia untuk kejatuhan harga semula.

Gagal melepasi rintangan pada 162.00 boleh mendorong harga untuk memulakan penurunan dengan jangkaan menuju sehingga bawah paras 160.00.

Paras 156.500 akan jadi sasaran bagi penurunan lanjut harga yang diteruskan pada trend bearish yang lebih jelas.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat