Mampukah USD Bangkit Semula Sebelum Penutup Dagangan?

391

US dolar kembali menunjukkan sedikit permintaan ketika sesi Eropah dengan cuba memadamkan kerugian yang dicatatkan pada sesi sebelumnya.

Sidang kemuncak NATO di Brussels memasuki hari kedua dengan lebih banyak sekatan akan diumumkan oleh Presiden Amerika Syarikat Joe Biden dan sekutu Eropahnya terhadap Rusia.

Terdahulu, Biden telah menyatakan pendapatat beliau bahawa Rusia perlu disingkirkan daripada G20 sebagai salah satu usaha meningkatkan tekanan ke atas Presiden Vladimir Putin.

Dolar Aussie dan New Zealand kekal stabil pada paras ketinggian 4 bulan walaupun sedikit susut pada sesi Eropah, di mana masing-masing diperdagangkan pada sekitar harga 0.7500 dan 0.6950 berbanding USD.

Kedua-dua mata wang itu telah meraih keuntungan pada minggu ini apabila pelabur kelihatan mengenepikan ketidaktentuan geopolitik dan ekonomi sehingga menjejaskan US dolar sebagai safe-haven.

Sementara itu, mata wang euro bergelut untuk mencari sokongan selepas dikecewakan dengan bacaan indeks iklim perniagaan Jerman tinjauan Ifo yang sedikit daripada jangkaan pada bulan Februari.

Mata wang pound terus kehilangan momentum untuk mencatatkan keuntungan dengan menurun lebih rendah selepas menyaksikan kejatuhan tidak dijangka dalam data jualan runcit UK pada bulan Februari.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat