Mantap! Bursa & Ringgit ‘Bernyawa’ Lagi Walaupun Sentimen Negatif

99

Mencerminkan lantunan pada Wall Street, Bursa tempatan memperlihat pembukaan positif sungguhpun sentimen pasaran dinilai negatif menjelang mesyuarat FOMC.

Ulas Malacca Securities Sdn Bhd, pasaran tempatan dijangka berada dalam ketidaktentuan menjelang kenaikan kadar faedah oleh FOMC seiring kebimbangan yang melanda di Amerika Syarikat (AS).

Atas faktor tersebut juga, tatkala Wall Street mengalami lantunan maka bursa tempatan juga turut positif.

Hasilnya, Bursa dibuka rendah hari ini dengan FTSE KLCI (FBM KLCI) naik 4.17 mata pada 1,455.69 daripada penutupan Isnin pada 1,451.52 dengan pembukaan kukuh 2.90 mata pada 1,454.42.

Di pasaran meluas, keuntungan pada 214 atasi kerugian pada 84, manakala 194 kaunter pula tidak berubah, 1,874 tidak didagangkan dan 9 digantung.

Jumlah perolehan pada 130.26 juta unit bernilai RM66.25 juta.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan  Public Bank Bhd tambah 3 sen kepada RM4.48, CIMB Group Holdings Bhd capai 6 sen pada RM5.48 dan IHH Healthcare Bhd raih 1 sen pada RM6.17 sementara Petronas Chemicals Group Bhd susut 1 sen pada RM8.58 tatkala Malayan Banking Bhd (Maybank) kekal pada RM8.63.

Saham aktif memperlihatkan AME Real Estate Investment Trust (REIT) capai 5 sen pada RM1.18, Orgabio Holdings Bhd naik 0.5 sen pada 37.5 sen, Top Glove Corp Bhd kurang 0.5 sen pada 70 sen. Metronic Global Bhd dan UMediC Group Bhd kekal pada 2 sen dan 75.5 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas naik 36.97 mata pada 10,398.21, FBMT 100 kumpul 33.47 mata pada 10,136.92, FBM Emas Shariah tambah 30.54 mata pada 10,482.01, FBM 70 raih 59.22 mata pada 12,643.11 dan FBM ACE canak 1.91 mata pada 4,761.31.

Segi sektor, indeks Tenaga naik 7.4 mata pada 730.88, indeks Perladangan capai 21.22 mata pada 6,895.15, indeks Perkhidmatan Kewangan lonjak 52.35 mata pada 16,421.97 dan indeks Produk dan Perkhidmatan tambah 0.58 mata pada 178.62.

Sementara itu, Ringgit naik berbanding dolar pada 4.5470/5510 daripada 4.5495/5515 semasa penutupan Isnin.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat