Mark Zuckerberg Lancarkan ‘Pembunuh’ Twitter!

578

Pengasas Meta (Facebook), Mark Zuckerberg telah melancarkan rangkaian media sosial baharunya Threads, yang dilihat sebagai pesaing kepada Twitter milik Elon Musk.

Zuckerberg mengalu-alukan kedatangan pengguna ke laman itu dengan menulis “Selamat datang ke Threads” pada hari Khamis.

Dalam catatan berasingan di Instagram, beliau berkata dunia memerlukan komuniti mesra seperti Threads dan berterima kasih kepada pengguna yang menjadi sebahagian daripada media sosial itu dari hari pertama.

Dilihat sebagai aplikasi versi Instagram berasaskan teks, akan tersedia di lebih 100 negara termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada dan Jepun.

Kesatuan Eropah tidak termasuk kerana Meta masih dalam rundingan dengan pengawal selia tentang cara mengurus perkongsian data antara aplikasi dan Instagram.

Pelancaran itu digelar sebagai ‘pembunuh Twitter’ oleh beberapa penganalisis teknologi yang dilihat cabaran langsung kepada Musk yang berdepan kritikan hebat oleh pengguna atas pengurusannya di platform terkemuka itu.

Susulan pelancaran Threads, saham Meta meningkat 1% dalam dagangan lanjutan selepas untung hampir 3% ketika ditutup pada sesi New York.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat