Masih Tak Cukup! Emas Naik Lagi Tinggi Walaupun USD Kuat

2,444

Harga emas meneruskan kenaikan lebih tinggi selepas penurunan dalam hasil perbendaharaan AS 10 tahun telah meningkatkan daya tarikan buat logam berharga itu.

Pada sesi Asia, spot emas diniagakan meningkat di paras ketinggian dua bulan di sekitar harga $1,820 per auns. Sementara niaga hadapan emas pula positif pada $1,821 per auns.

Logam berharga itu telah meningkat sebanyak 1.5% pada hari Jumaat walaupun diperlihatkan dengan bacaan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat yang lebih kuat daripada dijangkakan.

US dolar juga menguat susulan bacaan data tersebut, tetapi ia tidak menghalang logam kuning itu untuk meningkat. Ini disokong oleh kemerosotan mendadak hasil bon AS 10 tahun ke tahap 1.47%.

Selain itu, harga emas juga mendapat pengukuhan daripada kenyataan Federal Reserve (Fed) selepas mesyuarat polisi FOMC baru-baru ini yang mengatakan mereka masih ‘bersabar’ untuk menaikkan kadar faedah.

Data inflasi AS yang akan diterbitkan pada minggu ini akan menjadi tumpuan pelabur seterusnya, yang pastinya akan memacu pergerakan lebih besar buat dagangan emas.

Inflasi utama dijangka akan meningkat pada 5.8% tahun ke tahun pada bulan Oktober berbanding kenaikan 5.4% yang dicatatkan sebelum ini.

Emas biasanya dilihat sebagai lindung nilai kepada inflasi dan penurunan matawang oleh pelabur.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat