Matawang Sterling Kukuh Ke Paras Tertinggi 4 Bulan – Perjanjian Brexit Jadi Tumpuan!

297

Matawang Sterling mengukuh ke paras tertinggi 4 bulan berbanding US dolar pada hari Selasa berikutan komen positif oleh Ketua perunding Brexit EU Michel Barnier.

Ketua perunding Brexit EU Michel Barnier telah mengeluarkan kenyataan bahawa kemungkinan untuk mendapatkan perjanjian Brexit pada minggu ini adalah tidak mustahil.

Perunding Britain dilaporkan akan membawa pelan cadangan mereka ke Brussels hari ini yang bertujuan untuk menangani isu kastam dan sempadan Ireland dalam usaha mencapai perjanjian Brexit.

Matawang sterling telah mengukuh sebanyak 1.11% berbanding US dolar ke paras bacaan 1.2746 setakat jam 11.25 p.m.

Menurut penganalisis matawang, Stephen Gallo, ‘ Nisbah bahawa pernjanjian antara Kesatuan Eropah dan UK akan dipersetujui ialah sebanyak 6:4 atau 60% dan 40% ialah kebarangkalian akan membawa kepada kegagalan.

Disisi lain, indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam didagangkan susut sebanyak 0.17% ke paras 98.232 setakat jam 11.35 p.m.

Laporan terkini yang dikeluarkan menunjukkan prospek inflasi dalam kalangan pengguna A.S kekal dalam paras lemah pada bulan September. Walaubagaimanapun laporan soal selidik tersebut menunjukkan terdapat peningkatan dalam keyakinan pasaran terhadap pasaran pekerjaan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat