Menepati Ramalan, AUD/USD Sambung Penurunan Semula!

469

Seperti yang dijangkakan pada analisis semalam, pergerakan harga pada carta pasangan matawang AUD/USD kembali pamerkan penurunan semula pada sesi Eropah sehingga bersambung ke penghujung sesi New York setelah kenaikan pada awalnya dipamerkan pada sesi Asia.

Pelabur kekal berwaspada menjelang laporan data pekerjaan Australia yang akan diterbitkan pada Khamis dengan jangkaan peningkatan yang lemah untuk pertambahan pekerjaan di bulan Julai serta kadar pengangguran diramalkan akan meningkat.

Memberi tekanan pada sesi Asia pagi ini, data ekonomi yang diterbitkan turut tidak memihak terhadap dolar Aussie. Sentimen pengguna tinjauan Westpac menunjukkan angka yang menurun manakala indeks harga upah untuk suku kedua di Australia turut mencatatkan penurunan lebih rendah berbanding jangkaan.

Ini berkemungkinan akan meningkatkan lagi jangkaan untuk bacaan yang lemah pada laporan pekerjaan Australia yang terbaru.

Selain itu juga, penurunan harga pada carta AUD/USD turut didorong oleh pengukuhan semula US dolar pada sesi New York selepas menunjukkan penyusutan pada sesi sebelumnya susulan berita pendaftaran vaksin Coronavirus pertama di dunia yang dihasilkan di Rusia.

Namun, data indeks harga pengeluar (PPI) AS semalam mencatatkan angka yang meningkat memberikan keyakinan kepada para pelabur bahawa data inflasi AS yang akan diterbitkan pada malam ini akan turut meningkat sekaligus akan terus menyokong pengukuhan US dolar.

Pergerakan harga pada carta AUD/USD yang bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) menguatkan lagi jangkaan pelabur untuk harga meneruskan penurunan berkemungkinan bakal menuju ke paras sokongan pada 0.70800.

Penurunan lebih rendah akan menuju pula pada zon RBS (resistance become support) tumpuan di atas paras 0.70000.

Namun jika harga kembali membuat kenaikan semula, paras rintangan 0.71800 semalam akan diuji semula.

Melepasi paras tersebut akan mendorong harga meneruskan kenaikan menuju paras resistance semasa iaitu pada 0.72400 yang diuji minggu lalu.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat