Mengejutkan! Pelabur Terbeliak Lihat USD Mengukuh Di Sesi Asia

561

Permulaan pasaran sesi Asia menyaksikan dagangan US dolar menguat berikutan terdapat laporan bahawa China menentang tindakan Amerika Syarikat yang menjual senjata kepada Taiwan.

Dolar greenback diperdagangkan meningkat 0.15% berbanding kebanyakan matawang utama lain pada 93.19.

White House dalam satu tindakan terbarunya yang boleh membangkitkan kemarahan China dilaporkan sedang mengusahakan rancangan penjualan senjata canggih ke Taiwan.

Malah, tiga daripada tujuh penjualan senjata yang dirancang telah dipersetujui oleh Jabatan Negara AS.

Antara senjata yang diluluskan adalah pelancar roket berasaskan trak yang dibuat oleh Lockheed Martin Corp iaitu Sistem Roket Mobiliti Tinggi (HIMARS), peluru berpandu jarak jauh dari darat ke darat yang dibuat oleh Boeing Co yang dinamakan SLAM-ER dan pod sensor luaran untuk jet F-16 yang membolehkan penghantaran imej dan data semasa dari pesawat ke stesen.

Sementara itu, empat lagi sistem senjata yang dikehendaki oleh Taiwan masih dalam pertimbangan dan masih belum diumumkan buat masa ini.

Susulan daripada itu, seorang jurucakap Kedutaan Besar China memberitahu bahawa Beijing secara konsisten dan tegas menentang penjualan senjata AS ke Taiwan dan tekad menegakkan kedaulatan dan keamanannya.

Selain itu, Beijing juga mendesak Washington supaya mengentikan penjualan senjata dan hubungan ketenteraan dengan Taiwan agar tidak merosakkan hubungan dua hala serta keamanan dan kestabilan merentas Selat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat