Mesyuarat FOMC: Fed Tidak Lagi Jangkakan Kenaikan Kadar Faedah

1,207

Sejajar dengan jangkaan pasaran yang meluas, Federal Reserve (Fed) meningkatkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas pada mesyuarat polisi Mei 2023.

Ini merupakan kenaikan kali kesepuluh yang dilaksanakan berturut-turut, sekali gus mengangkat kadar dana semasa Fed ke paras tertinggi 16 tahun kepada julat 5.00%-5.25%.

Berikut merupakan rincian daripada kenyataan susulan Fed selepas keputusan tersebut:

  • Fed terus menegaskan pendirian untuk menurunkan inflasi.
  • Namun, Fed tidak lagi mengatakan bahawa mereka menjangkakan kenaikan kadar faedah tambahan.
  • Pengerusi Jerome Powell menyebutnya sebagai ‘perubahan yang ketara’.
  • Namun, keputusan mengenai menghentikan atau ‘pause’ kadar faedah tidak dibuat pada mesyuarat tersebut.
  • Sistem perbankan AS dilihat kekal berdaya tahan.
  • Keadaan kredit yang lebih ketat mungkin menjejaskan ekonomi, pengambilan pekerja dan inflasi.
  • Aktiviti ekonomi berkembang pada kadar yang sederhana pada suku pertama.
  • Pertambahan pekerjaan telah mengukuh dalam kebelakangan ini, inflasi kekal tinggi.
  • Fed akan mengambil pendekatan bergantung kepada data.

Susulan daripada keputusan terbaru Fed, pasaran mentafsirkannya sebagai petunjuk bahawa bank pusat itu akan menamatkan kenaikan kadar faedahnya.

Bagaimanapun, bank pusat itu masih meneguhkan pendirian kepada usaha memerangi inflasi yang masih berada jauh daripada sasaran 2%.

Reaksi awal pasaran menunjukkan raja mata wang US dolar menjunam rendah dan sekali gus mengangkat pesaing utamanya yang lain mendaki tinggi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat