Meta Failkan 8 Tanda Dagangan Untuk Projek Kripto, Blockchain

335

Syarikat gergasi milik Mark Zuckerberg, Meta telah menfailkan 8 tanda dagangan (trademarks) untuk beberapa produk berkaitan kripto.

Difahamkan tanda dagangan tersebut merujuk kepada logonya yang akan diperkenalkan dalam setiap projek kripto pada masa akan datang.

8 produk serta perkhidmatan yang dinyatakan dalam permohonan itu melibatkan beberapa kategori:

  • Perkhidmatan rangkaian sosial dalam talian
  • Perdagangan kewangan
  • Web3
  • Perisian blockchain
  • Wallet mata wang maya
  • Platform pertukaran mata wang maya
  • Mata wang maya, digital, dan kripto

Langkah yang diambil Meta membuktikan syarikat ini mengorak langkah jauh dalam pembabitan dunia metaverse.

Sebelum ini, Meta telah mengumumkan kehadiran non-fungible token (NFT) sebagai gambar profil (pfp) di Instagram, malah pengguna juga berupaya menghasilkan NFT hanya menggunakan platform itu sahaja.

Tidak mustahil selepas Instagram, Facebook juga akan diperkenalkan ciri-ciri Web3.

Hal ini mengingatkan kepada usaha Twitter yang menjadi pelopor pfp NFT bermula pertengahan Januari 2022.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat