Meterai Kontrak RM243 Juta, Saham WZ Satu Melonjak 25%!

1,095

Saham WZ Satu Bhd melonjak sebanyak 25% pada sesi dagangan pagi ini selepas memeterai kontrak bernilai RM243.44 juta untuk penyediaan kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pengoperasian projek pengurusan efluen di peringkat sumber.

Pada pukul 10.16 pagi, WZ Satu meningkat empat sen kepada 20 sen dengan 5.41 juta saham didagangkan. Saham terbabit sebelum itu naik 21.5 sen.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia semalam, anak syarikat milik penuh WZ Satu Bhd, WZS Setia Sdn Bhd menerima Surat Lantikan (LOA) daripada Malaysian Refining Company Sdn Bhd (MRCSB) pada Selasa lalu.

“Tempoh kontrak itu selama 27 bulan dan disasarkan siap pada atau sebelum 30 Jun 2023.

“Kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa depan dan aset bersih sesaham syarikat untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021; 31 Disember 2022 dan 31 Disember 2023,” kata WZ Satu seperti dilaporkan oleh Bernama.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat