Microsoft Risau Kadar Populasi Rendah Beri Kesan Kepada Tenaga Buruh

171

‘Patut la Elon Musk cakap hari tu dia tambah anak ramai sebab nak pulihkan populasi dunia.’

Presiden syarikat gergasi teknologi dunia, Microsoft Corp memberi amaran kebimbangan pertumbuhan populasi yang rendah memberi kesan kepada tenaga buruh global pada masa depan.

Isu tersebut dibangkitkan Presiden Brad Smith dengan menyatakan firma-firma di Amerika Syarikat (AS) akan menghadapai ‘era baharu’ di mana terdapat kekurangan tenaga kerja dan tekanan untuk membayar gaji yang lebih tinggi.

Kenyataan Smith telah disokong melalui pembentangan sebuah carta mengenai ‘pergolakan ekonomi terbesar’, yang memperlihatkan kadar pertumbuhan populasi semakin rendah di AS, Eropah, China dan Jepun.

Melihat kepada carta, trend populasi umur pekerja AS setiap 5 tahun sejak 1950 telah berubah.

Bermula antara 2016 dan 2020, kadar pertumbuhan populasi bergerak perlahan kepada 2 juta sementara pasaran utama luar negara pula menyaksikan penurunan tenaga buruh yang ketara.

Rentetan itu, Smith mencapai konkulasi bahawa penurunan jumlah manusia boleh menyebabkan kekurangan tenaga kerja pada masa yang sama.

Memburukkan lagi keadaan, Microsoft kini dikatakan terpaksa menaikkan gaji dalam masa sama memperlahankan pengambilan pekerja ekoran tekanan ekonomi global yang diapit kebimbangan kemelesetan.

Umumnya, data Jabatan Buruh AS bagi Jun melaporkan terdapat peningkatan kadar gaji dan pengupahan pekerja di luar jangkaan.

Namun, penyertaan tenaga buruh dilihat merosot buat kali ke-2 dalam 3 bulan kepada 62.2% selain tidak menunjukkan sebarang peningkatan sejak awal 2022.

Dalam pada itu, tempoh hari jutawan terkaya dunia Elon Musk pernah menulis ciapan berkenaan kadar kelahiran AS yang rendah.

Menerusi ciapan tersebut Musk, yang memiliki 9 orang anak termasuk kembar yang baru lahir, mengatakan beliau sedang berusaha memulihkan populasi penduduk.

Sungguhpun kedengaran lucu, Smith bersetuju dengan Musk mengenai kadar kelahiran yang rendah tersebut tetapi tidak mengesyorkan penyelesaian yang sama.

Suka untuk diingatkan bahawa antara faktor lain yang menyumbang kepada kekurangan buruh adalah rangsangan kerajaan semasa pandemik, Covid-19 dan penjagaan kanak-kanak.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat