Minereum World Lelong Tanah Metaverse, Pelancaran Penuh Pada Suku Pertama 2022

1,052

Satu lagi ‘tanah’ maya yang anda boleh beli selain di Decentraland (MANA) dan The Sandbox (SAND) sedang pra-lelong di Minereum World.

Ruang metaverse ini sebenarnya baru sahaja dilancarkan dan pelancaran penuh akan berlaku pada suku pertama (Q1) 2022 bersama-sama permainan berkonsepkan play-to-earn (P2E).

Plot di ruang ini pula merupakan dalam bentuk non-fungible token (NFT) yang dilombong/dihasilkan oleh penggunanya menerusi tiga blockchains: Ethereum, Binance Smart Chain, dan Polygon.

Pengguna juga berpeluang untuk berjual beli NFT ini di platform Opensea.io menggunakan koin BSC, ETH, dan MATIC.

Difahamkan sebanyak 20,000 plot tanah tersedia.

Untuk pengetahuan, Minereum telah dilancarkan di Ethereum pada 2017, sebelum Minereum V2 dilancarkan pada dua tahun kemudiannya.

Boleh dikatakan Minereum merupakan token kontrak pintar yang pertama menawarkan self-mining (perlombongan sendiri).

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat