Minggu Hadapan Jadi Detik Penentuan Nasib Had Hutang A.S?

888

Pemimpin Majoriti Senat A.S. Chuck Schumer tampil memberi pencerahan mengenai perkembangan isu hutang negara. Kenyataan terkini dari beliau menyatakan bahawa beliau akan mengusahakan perkara ini dengan meminta Senat untuk mempertimbangkan rang undang-undang yang menaikkan had hutang negara ‘seawal minggu hadapan’.

Senat Republik pada minggu ini sebanyak dua kali telah menyekat usaha tersebut ketika undian dibuat. Pada hari Isnin,engan 60 undi diperlukan untuk menyetujui langkah tersebut, hanya 48 undian dari para senator yang bersetuju untuk meneruskannya dan 50 undian lagi menentang.

Hal ini telah menyebabkan pelabur bimbang sekiranya AS gagal menaikkan had hutang pada 30 September, kerana ia boleh menyebabkan berlakunya ‘government shutdown‘.

Dengan dana kerajaan persekutuan yang akan berakhir pada hari Khamis dan kuasa peminjam akan habis sekitar 18 Oktober, Parti Demokrat sedang berusaha sedaya upaya untuk mengatasi bencana fiskal iaitu kegagalan hutang dan goverment shutdown.

Malangnya, Parti Republik setakat ini belum menunjukkan sokongan ketara. Dewan Rakyat pada hari Rabu telah meluluskan langkah untuk menaikkan had hutang sehingga akhir tahun 2022. Pemimpin Minoriti Senat A.S. Mitch McConnell meramalkan pada hari Khamis bahawa Senat akan mengambil langkah untuk mengelakkan berlakunya penutupan separa kerajaan. Ini dapat membawa indikasi bahawa telah ada sokongan kecil dari Parti Republik.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat