Minit ECB: Perubahan Dalam Komunikasi ECB Pada Awal 2018

759

Minit mesyuarat Bank Pusat Eropah (European Central Bank) Disember lalu menunjukkan ahli-ahli ECB melihat risiko positif kepada ekonomi ketika ini mungkin memerlukan perubahan panduan (guidance) secara beransur-ansur pada awal 2018.

Bulan lau, ECB mengekalkan kadar faedahnya di mana pada mesyuarat sebelum itu pengurangan amaun pembelian bon juga telah diumumkan. Pengurangan pembelian bon kepada 30 billion Euro bermula pada Januari tahun ini sehingga akhir September atau lebih daripada itu jika perlu.

“Risiko dalam aktiviti ekonomi dinilai kekal stabil secara keseluruhan, dengan risiko yang lebih bersifat ke atas dalam masa terdekat,” seperti yang dilaporkan dalam minit mesyuarat.

“Ketidaktentuan geopolitik, dan juga ketidaktentuan polisi di beberapa ekonomi utama, terus memberi risiko ke bawah kepada ekonomi, seperti ditunjukkan oleh dokumen tersebut, namun beberapa ahli melihat risiko itu semakin berkurangan.

Pembuat polisi ECB kekal berhati-hati dengan inflasi tetapi menyatakan terdapat tanda-tanda positif oleh dinamika kadar gaji di beberapa negara Zon Eropah.

“Secara keseluruhan, ahli-ahli ECB bersetuju dengan polisi monetari semasa.”

Beberapa ahli berpendapat  komunikasi di masa hadapan perlu diubah secara beransur-ansur.

Dengan ini, kita berkemungkinan akan melihat perubahan panduan (guidance) dalam komunikasi ECB tentang polisi monetari khusunya program pembelian bon ketika ini pada awal tahun 2018.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat