Minit Mesyuarat BOJ : Waspada Dengan Pengetatan Dasar Fed

280

Pasaran sesi Asia telah menyaksikan penerbitan laporan minit mesyuarat Bank Pusat Jepun (BOJ) yang berlangsung pada Selasa baru-baru ini.

Beberapa penggubal dasar Jepun memberitahu bahawa inflasi harga pengguna dilihat cenderung meningkat dengan peningkatan harga yang meluas untuk pelbagai jenis barangan.

Malah, ada yang mengatakan bahawa mereka perlu berwaspada untuk berdepan dengan pengetatan dasar dari Federal Reserve (Fed) kerana jangkaan kenaikan kadar boleh menyebabkan saham jatuh.

Bagaimanapun, terdapat penggubal dasar yang melihat kepentingan untuk bank pusat mengekalkan dasar monetari semasanya kerana peningkatan harga di Jepun berbeza dengan Amerika Syarikat.

Peningkatan inflasi baru-baru ini telah menarik perhatian penggubal dasar BOJ yang sebahagian daripada mereka mengatakan firma mungkin akan menaikkan harga lebih agresif kepada pengguna.

Namun, kenaikan itu tidak mungkin mencetuskan pengetatan serta-merta dalam rangsangan monetari BOJ memandangkan inflasi masih jauh di bawah sasaran 2% dan ia sebahagian besarnya dipacu oleh faktor luar berbanding permintaan domestik yang tinggi.

Pada mesyuarat polisi (18 Januari), BOJ membiarkan kadar faedah tidak berubah pada -0.1% dan mengekalkan sasaran untuk hasil bon kerajaan 10 tahun pada sekitar 0% pada mesyuarat polisi sesi Januari.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat