Minit RBA: Isyarat Penting Ini perlu Diketahui Pelabur!

209

Menghiasi dagangan sesi Asia pada Selasa adalah terbitan laporan minit mesyuarat polisi Reserve Bank of Australia (RBA) untuk bulan Julai yang telah menaikkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas kepada1.35% .

Berikut merupakan beberapa butiran mengenai pendekatan polisi akan datang yang didedahkan dalam minit tersebut:

  • Penggubal dasar tetap komited untuk melalukan apa sahaja diperlukan bagi memastikan inflasi di Australia kembali ke sasaran dari semasa ke semasa.
  • Bersetuju bahawa langkah selanjutnya perlu diambil untuk menormalkan keadaan monetari dalam beberapa bulan akan datang.
  • Penggubal dasar mempertimbangkan kemungkinan menaikkan kadar faedah sebanyak 25 atau 50 mata asas.
  • Akui tahap kadar faedah masih sangat rendah untuk ekonomidengan pasaran buruh yang ketat dan menghadapi risiko inflasi yang lebih tinggi.
  • Inflasi dijangka akan memuncak pada 2022dan menurun semula ke sekitar julat sasaran 2 hingga 3 peratus pada 2023.
  • Kadar faedah yang lebih tinggi akan membantu mewujudkan keseimbangan yang lebih mampan antara permintaan dan bekalan barangan serta perkhidmatan.

Secara keseluruhannya, tiada apa yang mengejutkan daripada keputusan baharu RBA yang sememangnya telah dijangkakan oleh pelabur secara meluas.

Namun, kenyataan RBA bahawa bank pusat itu akan mengambil langkah selanjutnya dalam beberapa bulan akan datang menunjukkan bahawa penggubal dasar akan terus hawkish dalam menaikkan kadar dan memerangi inflasi.

Reaksi awal dolar Aussie susulan terbitan laporan minit ini, menunjukkan mata wang itu didagangkan meningkat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat