Minit Terbaru RBA Cetus Kekeliruan Pelabur, Apa Hal Ni?

135

Pembukaan dagangan sesi Asia dihiasi terbitan laporan minit mesyuarat polisi Reserve Bank of Australia (RBA) untuk bulan November yang telah menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas kepada 2.85%.

Menyingkap minit tersebut, RBA dikatakan bersedia untuk menghentikan seketika (pause) kitaran pengetatannya atau kembali kepada kenaikan kadar faedah yang lebih besar jika ekonomi memerlukannya.

RBA mengakui bahawa kos pinjaman yang melambung tinggi telah menghilangkan kehangatan pasaran perumahan negara dengan permintaan untuk gadai janji juga jatuh.

Namun, bank pusat menegaskan bahawa kenaikan kadar selanjutnya mungkin diperlukan dalam tempoh akan datang kerana inflasi terlalu tinggi.

Risiko kepada prospek inflasi dalam jangka sederhana ialah kemungkinan berlakunya price-wage spiral*, membawa kepada tekanan inflasi yang lebih berterusan.

*Kenaikan gaji meningkatkan permintaan barang sekali gus menyebabkan harga melonjak. Apabila harga naik, ia akan mendorong untuk peningkatan gaji lebih tinggi.

Pada mesyuarat lalu, para penggubal dasar dilaporkan telah mempertimbangkan dua pilihan sama ada untuk menaikkan kadar sebanyak 25 mata atau 50 mata asas.

Hujah untuk kenaikan suku mata asas sebahagian besarnya terletak pada fakta bahawa kadar tunai telah dinaikkan secara material dalam tempoh masa yang singkat dan terdapat kelembapan.

Selain itu, ia turut mengulangi bahawa kadar tidak berada pada laluan yang ditetapkan dan saiz serta masa kenaikan akan datang bakal ditentukan oleh data yang masuk termasuk prospek inflasi dan pekerjaan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat