Momentum Kenaikan Harga Pada EUR/USD Masih Kukuh, Menuju Paras Ketinggian Awal Februari

446

Penyusutan matawang US dolar terus melihatkan dagangan carta harga bagi pasangan matawang EUR/USD kekal meneruskan kenaikan sehingga penghujung minggu selepas mencatatkan lonjakan 130 pips kenaikan harian semalam.

Dengan jangkaan penurunan kadar faedah sebanyak 2 kali oleh Fed pada tahun ini, serta ancaman wabak Coronavirus di Amerika Syarikat telah meningkatkan risiko ke atas dagangan US dolar walaupun data-data ekonomi diterbitkan positif.

Kenyataan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang menyatakan krisis tersebut mampu ditangani nyata tidak berkesan untuk mengawal panik pelabur.

Sebagai matawang anti-USD, dolar Euro mengambil kesempatan untuk melonjakkan harga ke paras lebih tinggi sepanjang minggu ini.

Kenaikan harga semalam menguji paras ketinggian pada 1.10000 yang menjadi paras tumpuan harga. Bersambung pada dagangan hari ini, harga telah berjaya melonjak lagi ke paras lebih tinggi pada sesi Eropah menuju paras ketinggian 1.10400.

Momentum kenaikan harga dilihat akan terus menyokong kenaikan ke paras lebih tinggi pada carta EUR/USD hari ini. Namun pelabur bakal berhati-hati untuk aktiviti pengambilan untung pada setiap dagangan penghujung minggu.

Kenaikan harga lebih tinggi bekemungkinan mampu mencapai paras ketinggian pada 1.11000 mengatasi paras tertinggi yang dicapai pada dagangan awal Februari.

Sebaliknya jika harga membuat penurunan semula, beri perhatian pada paras penting yang menjadi tumpuan harga sebelum ini seperti pada paras 1.10000 sebagai zon RBS (resistance become support) dan juga zon RBS 1.09500.

Namun jika sentimen pasaran tidak berubah, harga berkemungkinan akan terus menyambung kenaikan sehingga minggu berikutnya.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat