Mungkir Janji! Elon Musk Jual $6.9 Bilion Saham Tesla Lagi

913

‘Nasib baik ada lubuk boleh guna untuk cekau duit, kalau tak mahu berpeluh jugak fikir nak cairkan aset.’

Jutawan terkaya dunia dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla, Elon Musk sekali lagi memungkiri janji yang dibuat apabila beliau bertindak menjual sebahagian sahamnya setelah sebelum ini menyatakan tidak akan berbuat perkara demikian.

Menurut pemfailan Tesla, Musk telah menjual sebanyak 7.92 juta saham yang bernilai $6.9 bilion daripada syarikat kereta elektrik (EV) miliknya itu.

Difahamkan tindakan tersebut diambil Musk bagi mengelak penjualan saat akhir saham Tesla apabila terdapat kemungkinan beliau terpaksa meneruskan perjanjian pemerolehan Twitter yang penuh kontroversi berdasarkan ulasannya dalam ciapan Twitter.

Kali terakhir Musk menjual saham Tesla adalah 4 bulan lepas untuk mengumpul $8.5 bilion dalam usahanya memperoleh Twitter Inc, namun perjanjian tersebut gagal dan membawa ke persidangan mahkamah pada bulan depan.

Secara pukal, Musk difahamkan telah menjual hampir $32 bilion saham Tesla sejak 10 bulan lepas dengan pelupusan paling berprolifik tinggi adalah berkaitan pemerolehan Twitter.

Walaupun saham Tesla telah meningkat hampir 35% dari paras terendah yang dicapai bulan Mei, ia masih menurun kira-kira 20% tahun ini.

Selain itu, kekayaan Musk telah susut sekitar $20 bilion tahun ini pada $250.2 bilion apabila saham Tesla kekal merosot.

Dalam pada itu, Charu Chanana dari Saxo Capital Markets Pte Ltd menyifatkan tindakan Musk sebagai tepat pada masanya kerana ia dilakukan sebelum terbitan data indeks harga pengguna (CPI) Amerika Syarikat (AS).

Terangnya, tidak kira bagaimana keputusan data tersebut sekali pun, pasaran hadapan ekuiti dijangka akan terus bergelut dengan jangkaan kenaikan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat