Nampak Gaya Peningkatan Hari Ini Akan Jadi Bualan Hangat

60

Harga emas meningkat kepada paras tertinggi dalam tempoh 4 minggu apabila Bank of England mengambil keputusan untuk menurunkan kadar faedah pada hari Khamis.

Sementara itu, fokus tetap diberikan kepada data pekerjaan AS yang bakal diumum hari ini.

Emas bagi penghantaran Disember di Comex meningkat sehingga 23%.

Harga ini melonjak sejak keputusan BoE untuk mengurangkan kadar faedah kali pertama dalam tempoh 7 tahun. Selain itu, BoE juga mengumumkan lebih banyak langkah bagi mengatasi masalah kemelesetan ekonomi yang melanda sejak peristiwa Brexit, 24 Jun lalu.

Bank pusat juga dijangka meningkatkan program pelonggaran kuantitatif sebanyak £ 60 bilion dan mengurangkan unjuran pertumbuhan bagi tahun depan.

Sebenarnya pengumuman BoE semalam itu telah dapat dijangka oleh kebanyakan ahli ekonomi.

Disamping itu, emas terus disokong oleh US Dollar yang mula melemah berikutan data AS yang turun naik.

Antaranya, US Census Bureau melaporkan penurunan factory orders sebanyak 1.5%. Sebelum itu, Jabatan buruh telah melaporkan kenaikan kadar pengangguran sebanyak 3,000.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan matawang gergasi itu turun 0.13%.

Dalam pasaran lain, silver futures telah berubah kepada $20.447 satu troy ounce, manakala copper futures mencatat peningkatan sebanyak 0.09%

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat