Nasihat Jutawan China – 3 Jurus Menggembangkan Bisnes Online Anda

1,043

Jack Ma lahir di daerah Hangzhou. Perjalanan kerjaya pada awalnya sebagai seorang guru. Semua permohonan pekerjaan beliau ditolak sebelum beliau tubuhkan Alibaba. Kini Alibaba merupakan perniagaan runcit terbesar dunia dan syarikat teknologi global. Jumlah kekayaan ialah $40.2 billion. Ini 3 Nasihat beliau kepada peniaga online/digital.

1. Membangunkan Jenama

Perniagaan online tidak seperti perniagaan traditional. Kedua-dua jenis perniagaan ini memiliki permainan yang berbeza, maka anda harus pandai memainkan perananan anda. Bila anda terlibat dalam perniagaan digital atau e-commerce maka adalah sangat penting untuk memiliki jenama yang dapat dikenali oleh pengguna. Dunia digital adalah sebuah dunia yang luas, maka pembangunan jenama sangat perlu dititik beratkan.

2. Pemasaran Pada Niche Yang Tepat

Membangunkan jenama hanyalah merupakan langkah awal, tetapi langkah seterusnya adalah yang menentukan sejauh mana armada perniagaan anda akan berlayar. Setelah jenama, tahap selanjutnya ialah mempromosikannya kepada orang yang tepat. Hal ini mungkin ramai yang sudah jelas, tetapi seiring perkembangan teknologi, anda perlu memanfatkan yang ada dengan semaksimal mungkin.

3. Analisis data

Era sekarang merupakan era digital. Data adalah perkara yang sangat mendasar dalam perkembangan ekonomi dan arus dunia sekarang. Untuk mempertahankan momentum dan menarik kembali pembeli, anda perlu mengenal pelanggan Anda. Itu bererti anda harus mengutip data pelanggan dan menganalisisnya. Selain data pelanggan, data-data lain seperti data pesaing adalah sangat berguna.

Jika anda ingin berkembang, temukanlah kesempatan yang baik. Jika anda ingin memiliki perniagaan yang baik, fikirkanlah permasalahan sosial yang anda dapat tawarkan solusinya. – Jack Ma

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat