Negara Harimau Asia Terpaksa Akur Wabak Covid Telah Memusnahkan Harapan Negara Pada Tahun Ini!

492

Harimau Asia atau Naga Asia ialah sebuah istilah digunakan merujuk kepada sebuah negara yang mempunyai ekonomi maju dan bebas seperti Hong Kong, Singapura, Korea Selatan, dan Taiwan. Sejak wabak Covid-19 merebak ke seluruh dunia, ia telah memberi impak yang besar terhadap ekonomi termasuka ekonomi Harimau Asia.

Keempat-empat negara tersebut telah menunjukkan penuran besar dalam pertumbuhan KDNK pada suku lalu. KDNK Singapura merosot sebanyak 13.2% setahun pada suku kedua yang berakhir pada bulan Jun 2020. Perintah kawalan pergerakan tersebut menyebabkan impak besar pada sektor pelancongan dan runcit Singapura.

Korea Selatan yang merupakan ekonomi yang banyak bergantung pada eksport turut terjejas dengan bacaan KDNK jatuh 2.9% pada suku kedua berbanding tahun lalu dan ia merupakan kejatuhan terbesar dalam tempoh 22 tahun.

Hong Kong pula telah mengalami kemorosotan sebanyak 9% dalam KNDK pada suku kedua. Dengan itu, Hong Kong telah mencatat kejatuhan dalam KDNK sebanyak 4 suku berturut-turut.

Antara 4 ekonomi Harimau Asia, Taiwan merupakan antara negara yang tidak begitu terjejas. Bacaan penurunan KDNK Taiwan hanyalah 0.73% yang disebabkan kejatuhan dalam sektor pelancongan.

Disisi lain, KDNK AS menguncup sebanyak 34% namun sokongan fiskal dan monetari dari Rizab Persekutuan A.S. dan kerajaan AS telah menjana ekonomi kembali.

 

 

 

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat