New Zealand Berhadapan Risiko Hutang Perumahan

64

Pagi tadi, pada pukul 4.00 pagi waktu Malaysia, Bank Pusat New Zealand (RBNZ) telah membentangkan laporan Kestabilan Kewangan (Financial Stability) dan RBNZ masih lagi mengutarakan kebimbangan dengan keadaan semasa dalam sektor perumahan.

Harga rumah di Auckland semakin menyusut sejak beberapa bulan lepas, tetapi jika dilihat dari sudut yang lain ia akan mengukuh semula. Harga rumah kepada nisbah pendapatan adalah yang tertinggi di dunia di paras 9.6 merujuk kepada data terkini. Harga rumah dilihat meneruskan kenaikan di bahagian-bahagian lain negara ini dengan peningkatan harga tahunan sebanyak 10%.

Keseluruhan nisbah hutang isirumah kepada pendapatan boleh guna (household debt-to-disposable income ratio) juga sedang berada di paras tertinggi. Menurut RBNZ, ,masih ada risiko kepada tekanan kenaikan  harga perumahan jika masih terdapat ketidakstabilan dalam permintaan dan penawaran rumah.

Pada 1 Oktober lepas satu penguatkuasaan undang-undang telah dijalankan untuk mengurangkan pinjaman kepada pelabur-pelabur hartanah, yang akan memberikan kesan kepada tekanan penurunan harga pasaran perumahan. Walau bagaimanapun, RBNZ masih bimbang dengan risiko yang akan dibawa oleh pinjaman kepada pengguna dengan nisbah hutang yang tinggi berbanding pendapatan (debt to income, DTI).

Manakala dalam sektor tenusu yang merupakan industri terbesar di New Zealand, peningkatan harga sejak beberapa bulan lepas sepatutnya telah menguntungkan sektor ini semula. Walau bagaimanapun, peningkatan hutang yang tinggi yang bermula sejak dua tahun lepas menjadikan sektor ini mungkin berhadapan dengan kejutan di masa hadapan.

Walaupun, sektor perbankan mempunyai dana modal dan keuntungan yang masih tinggi, tetapi kebergantungan terhadap pasaran luar negara yang meningkatkan dana asing (wholesale funding) akan menyebabkan bank di NZ terdedah dengan peningkatan kos dan mengurangkan akses kepada dana, semasa pasaran global berada dalam turun-naik (volatility).

Dengan masalah-masalah yang dihadapi oleh RBNZ ini di dalam pasaran kewangan New Zealand, adalah begitu sukar untuk RBNZ membuat pelonggaran dalam polisi monetari kerana pemotongan kadar semasa akan memburukkan lagi pasaran kewangan mereka.

Sejak pembentangan laporan ini pagi tadi, kita dapat melihat Nzd/usd menguat dari paras 0.7123 kepada 0.7159 paras tertinggi setakat hari ini. Pada masa artikel ini ditulis Nzd/usd sedang berada di paras 0.7146.

Penguatan ini mungkin disebabkan oleh potensi pemotongan kadar yang semakin berkurangan dengan adanya risiko-risiko pasaran kewangan seperti yang dibentangkan pagi tadi, kerana menurunkan lagi kadar akan memburukkan lagi ketidakstabilan pasaran kewangan terutamanya pasaran hutang, dan perumahan.

 

Perkembangan Terkini Regulasi Pasaran Forex Dunia

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat