Noh! Emas Sudah Meroket

1,127

Kilauan emas semakin kuat bersinar apabila logam kuning melanjutkan peningkatan lebih tinggi, disokong oleh kelemahan dagangan dolar greenback dan penyusutan hasil perbendaharaan AS.

Emas mencatat peningkatan 2.3% pada awal minggu yang membawanya mencapai paras harga $1,700 per auns, kenaikan terbesar yang direkodkan sejak 8 Mac.

Dolar greenback terus melemah setelah diperlihatkan dengan bacaan data PMI pembuatan Amerika Syarikat tinjauan ISM yang kurang memberangsangkan.

Aktiviti perkilangan AS merosot ke paras terendah sejak 2020, dengan catatan 50.9 pada September berbanding 52.8 yang dicatatkan bulan sebelumnya.

Susulan itu, dagangan emas memanfaatkan kelemahan US dolar untuk mendaki lebih tinggi selain turut disokong oleh kemerosotan hasil bon AS 10 tahun yang lebih rendah pada 3.64%.

Kekal menjadi tumpuan utama pelabur minggu ini adalah pengeluaran data pekerjaan NFP AS pada Jumaat ini, yang dijangka menunjukkan daya tahan dalam pasaran buruh.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat