Oh, Ini Sebab USD/CAD Melonjak Naik Semalam!

327

Harga minyak mentah catat penyusutan lanjut pada dagangan hari ini (Rabu) susulan jangkaan beberapa kenaikan kadar faedah oleh bank pusat akan dilaksanakan pada minggu ini.

Reserve Bank of Australia (RBA) terlebih dahulu memulakan situasi tersebut apabila meningkatkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas pada Selasa yang mengejutkan pasaran apabila jangkaan untuk bank pusat itu mengekalkan kadar.

Menjadi tumpuan utama adalah mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis di mana Federal Reserve (Fed) dijangka bakal menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas.

Begitu juga European Central Bank (ECB) yang dilihat akan menaikkan kadar sebanyak 25 mata asas juga ke paras 3.75%.

Justeru, pelaksanaan kenaikan kadar dilihat akan mendorong pergerakan ekonomi yang semakin perlahan sekaligus memberi kesan penurunan terhadap permintaan minyak mentah global.

Ini menyusuli bacaan data PMI pembuatan dan perkhidmatan China yang diterbitkan hujung minggu mencatatkan angka yang suram, menjangkakan permintaan akan lebih perlahan oleh negara pengguna terbesar minyak dunia itu.

Situasi ini juga telah memberi kesan penyusutan terhadap mata wang dolar Kanada berikutan minyak mentah merupakan eksport utama Kanada.

Dapat diperhatikan pada carta pasangan mata wang USD/CAD semalam, harga telah melonjak membuat kenaikan berbanding pergerakan mendatar pada hari sebelumnya.

Harga membuat kenaikan bermula dari paras 1.35300 hingga mencapai ketinggian sekitar 1.36300.

Kenaikan tersebut juga telah melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta USD/CAD itu yang mencetuskan jangkaan perubahan trend bullish.

Kenaikan yang diteruskan dilihat akan menguji zon rintangan 1.36500-1.36700 yang telah diuji pada dagangan minggu lalu namun belum ditembusi.

Jika berjaya tembus, kenaikan lebih tinggi dilihat akan menuju sasaran seterusnya yang berada pada 1.38000.

Namun jika corak kenaikan gagal dikekalkan sebaliknya harga kembali menjunam ke bawah, zon RBS (resistance become support) pada 1.35000 akan diuji dan pelabur akan menilai reaksi harga pada zon tersebut.

Sekiranya harga terus merempuh turun ke bawah, harga boleh mencecah hingga ke paras tumpuan 1.34000 atau menuju ke paras support 1.33000.

Lihat gambar carta harga pasangan USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat