Harga Brent melintasi Crude Rabu semalam – sesuatu yang jarang berlaku bagi kedua-dua penanda aras harga minyak mentah tersebut. Crude diniagakan sekitar $37.75 setong manakala Brent sekitar $37.60 ketika artikel ini ditulis. Terdapat ketidakseimbangan yang teruk dalam pasaran dan mungkin terdapat hubungan baru bagi harga kedua-dua komoditi tersebut, apabila Amerika Syarikat melupuskan larangan eksport minyak AS yang berusia 40 tahun Selasa kelmarin.
Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude bagi penghantaran Februari melonjak lebih $1.50 setong untuk ke paras tertinggi harian sekitar $37.95 setong sebelum menutup sekitar paras $37.85 setong; manakala di Intercontinental Exchange London (ICE), Brent bagi penghantaran Februari pula melonjak lebih $1.60 setong untuk ke paras tertinggi harian sekitar $37.90 setong sebelum menutup sekitar paras $37.80 setong.
[adrotate group=”6″]
Harga minyak menunjukkan pemulihan yang membantu meningkatkan saham tenaga dan bahan mentah. Harga untuk kedua-dua kontrak Crude dan Brent telah jatuh lebih daripada satu pertiga sejak setahun lalu, tetapi kenaikan beberapa hari yang lalu; telah memberikan harapan kepada pelabur bahawa sektor ini telah mencapai dasar dan kini stabil.
Harga minyak yang kukuh membuat pelabur berasa lebih yakin terhadap syarikat-syarikat tenaga dan pasaran saham secara keseluruhan, kata Jackson Wong, Pengarah Bersekutu di Sekuriti Antarabangsa Hearing. “Tekanan jualan untuk aset-aset ini telah diturunkan. Dan juga banyak orang yang menjual aset-aset ini pada awal tahun ini, telah membeli pada akhir tahun ini kerana harga yang rendah,” tambah beliau lagi.