OIL Analisa Fundamental Harian 3 Nov 2015

54

moshedfx-forex-malaysia-minyak-002

Harga minyak mentah berada dalam dagangan ‘sideway’ Isnin semalam, dengan crude bergerak sekitar $1.20 setong dari paras tertinggi harian sekitar $46.70 setong ke serendah $45.50 setong; manakala brent pula bergerak sekitar $1.05 setong dari paras tertinggi harian sekitar $50.20 setong ke serendah $49.15 setong, sebelum kedua-dua gred minyak tersebut menutup lebih rendah dari pembukaan.

Harga minyak jatuh setelah data ekonomi China yang lemah mencetuskan kebimbangan terhadap permintaan yang perlahan dan rekod pengeluaran yang tinggi di Rusia memburukkan lagi lebihan bekalan global.  “Pengeluaran OPEC yang tinggi, rekod pengeluaran tinggi di Rusia dan data China yang lemah memandu harga ke paras yang lebih rendah,” kata Carsten Fritsch, penganalisis minyak kanan di Commerzbank Frankfurt.

[adrotate group=”6″]

Aktiviti perkilangan China turun untuk bulan kelapan berturut-turut pada bulan Oktober, menghala ke arah kelesuan yang berterusan dalam ekonomi kedua terbesar di dunia itu.  Lebihan bekalan minyak global, yang telah menurunkan lebih daripada separuh harga minyak sejak harga puncak pada Jun tahun lepas; telah tertekan semalam apabila Rusia melaporkan bahawa pengeluaran minyaknya untuk Oktober telah mencecah rekod pasca-Soviet sebanyak 10.78 juta tong sehari.

Data tersebut mencerminkan strategi Rusia dalam mempertahankan bahagian pasarannya daripada negara pesaing dari Teluk yang mula menghantar bekalan kepada pasaran tradisional Moscow.  Minggu lalu, satu tinjauan Reuters menunjukkan bahawa penganalisis sektor menjangka harga minyak akan kekal lemah tahun depan kerana OPEC mungkin akan berpegang kepada pendirian untuk mengekalkan rekod pengeluaran tinggi apabila ia bermesyuarat pada 4 Disember nanti.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat