OIL Analisa Fundamental Harian 7 Jan 2016

39

moshedfx-forex-malaysia-minyak-004

Minyak mentah terus mengalami kerugian Rabu semalam, selepas data menunjukkan bahawa bekalan di Amerika Syarikat meningkat mendadak minggu lepas, menekankan kebimbangan terhadap permintaan yang perlahan bagi produk minyak. Maklumat Tenaga Amerika Syarikat dalam laporan mingguannya mengatakan bahawa inventori minyak mentah menurun sebanyak 5.1 juta tong pada minggu berakhir Januari 1. Dalam pada itu, Institut Petroleum Amerika lewat kelmarin melaporkan penurunan bekalan sebanyak 5.6 juta tong.

Di New York Mercantile Exchange, Crude untuk penghantaran Februari susut lebih $2.60 setong untuk ke paras terendah harian sekitar $33.75 sebelum menutup sekitar paras $34.22 setong; manakala di Intercontinental Exchange (ICE) London pula, Brent untuk penghantaran Februari susut lebih $2.50 setong untuk ke paras terendah harian sekitar $34.15 sebelum menutup sekitar paras $34.40 setong.

[adrotate group=”6″]

Pengeluaran minyak mentah global mengatasi permintaan berikutan ledakan dalam minyak syal AS dan selepas keputusan oleh Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Minyak (OPEC) pada tahun lepas, untuk tidak mengurangkan pengeluaran bagi mempertahankan bahagian pasaran. Penganalisis pasaran menjangkakan lebihan global akan bertambah buruk pada tahun ini berikutan kenaikan pengeluaran di Arab Saudi dan Russia.

Isu lebihan bekalan akan bertambah buruk lagi, apabila Iran kembali ke pasaran minyak global pada awal tahun 2017 selepas sekatan atas ekonominya ditarik balik. Penganalisis berkata negara itu dengan cepat boleh meningkatkan pengeluaran kira-kira 500 ribu tong, sekaligus menambah kepada lebihan minyak yang telah menyebabkan kejatuhan harga. Ketegangan Iran dan Saudi ketika ini, boleh menjadi sebab untuk Iran berbuat demikian, bagi membalas dendam atas kematian ulama syiah yang dihukun mati oleh Arab Saudi hujung minggu lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat