Opss! Calon Presiden AS Joe Biden Diminta Jalani Ujian Dadah?

306

Mungkin tidak pernah terjadi lagi di dalam sejarah dunia politik apabila Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump meminta lawannya dari Demokratik, Joe Biden untuk mengambil ujian dadah.

Kicauan provokatif Trump menerusi akaun Twitternya, berharap Biden dapat menjalani ujian dadah, sama ada sebelum atau selepas debat yang akan berlangsung pada Selasa.

Difahamkan Trump tidak berpuas hati dengan debat politik Biden sebelum ini, mendakwa tidak dijalankan dengan baik, seakan-akan sedang mabuk di bawah pengaruh dadah.

Sebelum ini, Biden ada mencetuskan kontroversi, menuduh perlantikan Amy Coney Barrett merupakan sebahagian daripada agenda ‘jahat’ Trump ke atas status kesihatan seluruh AS.

Mana tidaknya, Biden percaya tidak pernah berlaku di dalam sejarah negara itu pencalonan hakim Mahkamah Tinggi berlaku ketika pemilihan presiden sedang berjalan.

Walhal Trump melihat perlantikan Barrett sebagai penyelesaian kepada kempennya yang bermasalah. Buat masa ini, keputusan undian menunjukkan Trump berada di belakang Biden.

Walau bagaimanapun, Trump tidak mengemukakan sebarang bukti bagi tuduhannya, menggambarkan Biden yang berusia 77 tahun itu mempunyai masalah mental.

Debat pada Selasa ini akan mempertemukan kedua-duanya buat pertama kali setelah lama ‘berbalah’ di belakang tabir dan akan disiarkan secara langsung, disaksikan oleh jutaan rakyat AS.

Sehingga kini Biden kekal tenang, tidak memberi ulasan lanjut mengenai serangan peribadi dan dakwaan tidak berasas oleh presiden AS.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat