Pandangan Mingguan Pasaran Minyak Mentah Dunia (5-9 Disember)

70

Selepas perjanjian pengurangan keluaran yang akan bermula Januari 2017, segala retorik dari ketua-ketua OPEC perlu diberi perhatian jika ada sebarang keretakan dalam perjanjian tersebut. Secara keseluruhan, harga minyak mentah dunia dijangka akan terus menguat tetapi mungkin akan terhalang oleh pengeluaran yang tinggi di US.

Harga minyak pergi lebih tinggi pada minggu lepas berikutan OPEC bersetuju untuk memotong jumlah pengeluaran sebanyak 1.2 juta tong sehari kepada 32.5 juta tong. Pemotongan ini akan bermula pada Januari 2017 dalam masa enam bulan. Selain itu ada juga perjanjian dengan ahli bukan OPEC sebanyak 600,000 tong.

Secara khususnya, retorik dari wakil Arab Saudi akan terus diberi perhatian dengan risiko ketegangan yang mungkin berlaku. Hal ini disebabkan potensi risiko dalam perbezaan pendapat kepada perjanjian ini yang akan mempengaruhi sentimen semasa.

Pada 10 Disember ini akan berlangusng mesyuarat di antara ahli OPEC dan bukan ahli yang begitu penting kepada keyakinan dan sentimen kepada perjanjian ini. Komitmen yang kuat dalam kalangan ahli akan memberikan tekanan ke atas bagi harga minyak dunia.

Minggu lepas, laporan data inventori kurang diberikan perhatian berikutan perjanjian OPEC yang turut berlangsung. Data inventori yang dikeluarkan oleh API dan EIA akan menjadi perhatian min ggu ini yang akan dikeluarkan pada Rabu.

Kejatuhan inventori pada minggu ini akan memberikan keyakinan kepada pelabur-pelabur dalam sektor ini, manakala peningkatan yang tinggi akan menguatkan semula sentiment lebihan-bekalan dalam pasaran ini.

Data terbaru dari Baker Hughes juga akan diberi perhatian dan peningkatan yang signifikan dalam penggerudian pelantar akan memberikan isyarat peningkatan pengeluaran minyak mentah beberapa bulan akan datang. Terdapat peningkatan pelantar yang begitu kecil minggu lepas.

Apa yang menjadi perhatian di dalam pasaran minyak mentah dunia ialah penawaran dengan potensi peningkatan pengeluaran di US. Walaupun begitu, permintaan juga akan memainkan peranan penting beberapa minggu ke hadapan berikutan perayaan Krismas yang bakal tiba.

Pertumbuhan ekonomi global penting untuk memberikan tekanan kepada permintaan dalam pasaran minyak mentah dunia. Dalam konteks ini, China akan menjadi tumpuan sebagai enjin pertumbuhan ekonomi dunia, dimana permintaan dari China akan terus diberi perhatian.

Tren keseluruhan US dolar akan terus memberikan impak kepada minyak mentah dan correction weaker (pembetulan pasaran selepas kenaikan berterusan) terhadap US dolar akan mengurangkan risiko correction weaker yang mendadak kepada minyak mentah.

 

Menjelang 2017 Digunakan Dengan Begitu “Optimum” Oleh Negara OPEC!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat