Pandangan Penganalisis Ekonomi China Terhadap Impak Perang Perdagangan

531

Tabloid Global Times yang dikendalikan oleh kerajaan China telah mengeluarkan padangan terhadap isu perdagangan pada hari Rabu. Menurut mereka China perlu mengambil langkah-langkah mempertahankan diri terhadap tarif U.S. dengan menawarkan subsidi kepada syarikat dan industri yang mungkin mengalami kerugian daripada pergerakan perdagangan.

Firma-firma teknologi China, khususnya, boleh terkesan dengan impak dan menjadi ”mangsa perang perdagangan dengan Amerika Syarikat,” katanya.

Pada hari Jumaat Washington telah memperkenalkan sekatan ke atas pelaburan asing dalam syarikat teknologi U.S dan Trump berkata bahawa ia tidak akan hanya terhad kepada China.

Pentadbiran U.S. mengatakan China telah menyalahgunakan harta intelektual U.S. melalui keperluan usaha sama, dasar pelesenan yang tidak adil dan pengambilalihanyarikat s yang disokong oleh firma teknologi U.S., namun tuduhan ini ditolak oleh Beijing.

China, yang telah berjanji untuk terus membuka pasaran dan ekonomi pada tahun ini, mungkin terpaksa menyesuaikan kembali dasarnya akibat ketidakpastian ekonomi yang timbul daripada ketegangan perdagangan, kata Global Times.

“China boleh menawarkan subsidi eksport kepada syarikat China di bawah rangka WTO (Organisasi Perdagangan Dunia) dan memberi sokongan dasar kepada mereka,” katanya.

“Industri berteknologi tinggi adalah salah satu bidang utama di mana usaha perlu dibuat untuk melindungi syarikat-syarikat China dari ancaman yang ditimbulkan oleh Trump.”

Walaubagaimanapun, pendirian tabloid itu tidak semestinya mencerminkan dasar kerajaan China.

Kementerian Perdagangan China pada hari Rabu berkata ia akan menilai impak berpotensi ke atas syarikat China mengenai sekatan pelaburan baru yang dijangka bakal diumumkan oleh US. Tiada butiran lebih rinci setakat ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat