Para Pelabur Memilih Bitcoin? Ini Prestasi Terkini Bitcoin!

971

Ditengah isu perang dagang antara Amerika Syarikat dan China yang semakin tegang dan pengumuman perletakan jawatan Theresa May, para pelabur semakin berhati-hati dalam menguruskan pelaburan mereka. Segelintir para pelabur mula mengambil keputusan untuk mengalihkan pelaburan mereka kepada pelaburan alternatif seperti matawang crypto.

Bitcoin yang merupakan pelaburan alternatif telah menunjuk reaksi yang positif. Harga Bitcoin kini telah melonjak naik keparas yang menghampiri $9000 seunit iaitu $8,886.0, naik 10.87%. Sepanjang 7 hari ini, harga bitcoin telah menunjukkan peningkatan, walaubagaimanapun harga yang dikecapi sekarang masih hampir separuh daripada harga tertinggi yang pernah dikecapi pada Disember 2017 lalu iaitu $19,870.62 seunit.

Antara faktor yang mendorong keyakinan pelabur terhadap matawang crypto ialah beberapa firma besar yang sedang rancak menguji cuba dan mengeluarkan matawang crypto mereka sendiri. Antaranya ialah pengeluar telefon pintar HTC yang mengeluarkan telefon pintar yang khusus menumpukan untuk membantu para pelabur menyimpan matawang crypto mereka.

Dalam masa yang sama, Facebook sedang dalam proses membangunkan sistem pembayaran digital yang akan dilancarkan di beberapa negara pada suku pertama 2020. Pada akhir tahun ini, Facebook akan mula menguji cuba “GlobalCoin” . Laporan ini telah berjaya mendorong harga bitcoin untuk melonjak naik.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat