Parti Pizza Bitcoin Terbesar Di Dunia Bakal Diadakan Di Malaysia!

821

“Wow menariknya, mesti ramai orang yang berminat nak pegi ni.”

Bitcoin Pizza Day diwujudkan bagi memperingati seorang programmer terkenal bernama Laszlo Hanyecz yang telah membelanjakan 10,000 Bitcoin (BTC) beliau untuk beli dua pizza besar pada 22 Mei 2010.

Semasa pembelian pizza tersebut, 10,000 BTC adalah bernilai $40 setiap satu tanpa siapa sangka harga BTC mencapai rekod tertinggi yang mengejutkan dunia pada 2021 lalu.

BTC telah mencapai paras tertinggi sepanjang masa di paras $68,789 pada tahun 2021, namun kini harga turun semula pada paras $27,335.

Bagi memperingati peristiwa tersebut, 500 peminat mata wang kripto dan BTC tempatan bakal berkumpul di bawah satu bumbung untuk makan, networking, meraikan dan berpesta pada 3 Jun 2023 di Malaysia.

Dipersembahkan oleh CryptoBilis dengan hasil kerjasama Polygon Guild Malaysia, Bitcoin Malaysia dan Cryptocurrency Malaysia, acara tersebut yang bermula pada pukul enam petang di Sentul Warehouse 1, Sentul, Kuala Lumpur akan mengeluarkan tiket pada harga RM99.

Suka dimaklumkan bahawa semua individu yang hadir BTC Pizza Day tersebut akan merasai journey pembangunan BTC daripada wakil industri tempatan dan pemimpin komuniti sambil menikmati pizza secara percuma, personalized non-fungible token (NFT) dan hadiah lain.

Selain menjangkakan 500 orang akan hadir, lebih 20 pempamer dari perusahaan Web3 tempatan dan asing mungkin turut tampil di acara berikut.

Menurut Jason Chew dari Polygon Guild Malaysia, BTC Pizza Day adalah bertujuan untuk mengingati dan meraikan peristiwa penting termasuk memberi kesedaran bahawa perkara kecil walaupun kelihatan tidak penting dapat memulakan transformasi hebat di dunia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat