Pasaran Bursa Dibuka Rendah

143

Bursa Malaysia dibuka lebih rendah hari ini berikutan kekurangan sokongan belian ketika pasaran terus mendatar sementara menunggu pemangkin baharu, kata peniaga.

Menurut laporan BERNAMA, pada pukul 9.18 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.02 mata kepada 1,566.56 daripada 1,568.58 sewaktu ditutup pada Isnin.

Penunjuk utama itu dibuka susut 5.23 mata kepada 1,563.35.

Di pasaran lebih meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 366 berbanding 226 manakala 371 kaunter tidak berubah, 1,071 tidak diniagakan dan 35 lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.10 bilion saham bernilai RM694.67 juta.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank dan Public Bank masing-masing naik dua sen kepada RM50 dan RM17.00, Top Glove susut 62 sen kepada RM27.28, Tenaga sebaliknya tidak berubah pada RM11.00 manakala Hartalega rendah 52 sen kepada RM16.98.

Bagi saham aktif, XOX tidak berubah pada 23.5 sen, Bintai naik 4.5 sen kepada 45 sen dan Iris menambah setengah sen kepada 40.5 sen.

Kaunter paling rugi adalah Supermax yang jatuh 68 sen kepada RM 21.42 selain Hartalega dan Top Glove.

Kaunter paling untung adalah Dutch Lady yang menokok RM1.00 kepada RM39.00, Pharmaniaga meraih 42 sen kepada RM5.69 dan Petronas Gas meningkat 28 sen kepada RM 17.08.

Di papan indeks menyaksikan indeks FBM Emas turun 30.63 mata kepada 11,287.42, indeks FBMT 100 susut 30.18 mata kepada 11,089.36 manakala FBM 70 merosot 101.88 mata kepada 14,663.03.

Indeks FBM Emas Syariah susut 60.02 mata kepada 13,366.05 dan FBM ACE merosot 105.93 mata kepada 10,839.89.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 15.15 mata kepada 12,926.96, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri menokok 0.74 mata kepada 142.03 manakala Indeks Perladangan merosot 3.02 mata kepada 7,056.23.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat