Pasaran Bursa Malaysia Pamer Trend Positif

202

Pelabur tempatan dilihat lebih berhati-hati dalam sentimen pasaran yang tidak menentu yang bakal menambah risiko dalam pelaburan semasa.

Trend pasaran yang tidak menentu menyebabkan aktiviti perdagangan yang tinggi dalam Pasaran Sekuriti dan Derivatif, menurut kenyataan dikeluarkan oleh Bursa Malaysia Bhd hari ini.

Pasaran Sekuriti mencatatkan perolehan perdagangan sebanyak RM188.2 juta pada separuh pertama tahun ini berbanding RM117.8 juta pada tempoh sama tahun lalu, meningkat sebanyak 59.7% susulan Nilai Purata Perdagangan Harian (ADV) yang tinggi.

Pasaran Derivatif pula mencatatkan peningkatan hasil perdagangan sebanyak 44.3% kepada RM48.0 juta pada separuh pertama tahun ini berbanding RM33.3 juta pada tempoh sama tahun lalu, berikutan jumlah kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (FCPO) dan Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI yang didagangkan tinggi.

Walau bagaimanapun, pendapatan penyenaraian dan perkhidmatan penerbitan mengalami sedikit penurunan susulan pengecualian sebanyak 50% yuran penyenaraian tahunan pada tahun ini bagi membantu penerbit saham yang disenaraikan di bursa berdepan pandemik Covid-19.

Sementara itu, perolehan pasaran data terus berkembang, meningkat sebanyak 18.9% kepada RM22.6 juta pada separuh pertama tahun ini berbanding RM19 juta pada tempoh sama tahun lalu.

Pertumbuhan itu berlaku didorong oleh pengembangan pangkalan pelanggan pasaran data pada separuh tahun ini.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat