Pasaran Dalam Suasana Bercuti, Pergerakan Matawang Mungkin Dipacu Oleh Sentimen Pilihanraya Eropah.

464

Matawang Euro hari ini bermula baik pada awal perdagangan selepas parti-parti pro-Kesatuan Eropah menguasai dua pertiga kerusi yang dipertandingkan pada pilihanraya parlimen sekaligus memberi kelebihan berbanding parti lawan Nasionalis.

Namun tidak lama selepas itu, matawang ini mula menunjukkan kelemahannya berikutan data ekonomi zon Eropah khususnya di sektor perkilangan dan perkhidmatan mengeluarkan bacaan yang merosot.

Sementara itu matawang AS Dolar dilihat agak goyah kerana data ekonomi A.S. yang lemah menyebabkan ketakutan bahawa perang perdagangan dan teknologi antara AS dan China akan memberi impak yang signifikan terhadap pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat.

Tiada data ekonomi utama yang menjadi tumpuan pelabur pada hari ini dan pasaran hari ini dijangka agak pasif berikutan pasaran A.S. dan U.K. ditutup pada hari ini sempena Memorial Day dan Spring Bank Holiday.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat