Pasaran Ekuiti Mencanak, Memasuki Fasa Pemulihan

193

Laporan pendapatan di Amerika Syarikat (AS) yang kukuh serta lonjakan pada saham komoditi di Eropah telah mendorong kebanyakan indeks ekuiti mencanak.

Sesi di Wall Street menyaksikan beberapa syarikat korporat menerbitkan laporan pendapatan, yang memberi gambaran kepada pelabur dalam membuat keputusan disebalik berita negatif yang selubungi pasaran.

Ketika tinjauan, Microsoft Corp lonjak 4.8% dan Visa Inc canak 6.5% sementara Google milik Alphabet Inc jatuh 3.6% ekoran kelembapan penjualan iklan YouTube yang di bawah jangkaan.

Indeks purata Dow Jones Industrial naik 0.19% pada 33,301.93 mata, S&P 500 capai 0.21% pada 4,183.92 sementara Nasdaq Composite turun 0.01% pada 12,488.93.

Hasil Perbendaharaan AS naik menjelang penantian keterangan lebih lanjut mengenai dasar Federal Reserve (Fed) pada minggu depan dalam memerangi inflasi.

Sementara di Eropah pula, laporan korporat dilihat bercampur namun saham perlombongan dan minyak memecah kebuntuan yang dialami selama 4 sesi sebelum ini.

Indeks STOXX 600 pan-Eropah naik 0.7% dengan saham Jerman memasuki rali ketika sesi penutupan.

Penanda aras MSCI pasaran ekuiti global berundur 0.17% sementara saham pasaran membangun jatuh 0.54%.

Dalam pada itu, pasaran Asia pula menyaksikan indeks meluas MSCI Asia-Pasifik saham luar Jepun turun 0.82%, paras terendah sejak pertengahan Mac dan Nikkei Jepun susut 1.17%.

Saham-saham China yang terjejas sebelum ini ekoran perintah kawalan Covid-19 yang berterusan dilihat mengembalikan sedikit keuntungan pada 3% selepas data menunjukkan pertumbuhan pada firma perindustrian di bulan Mac.

Ringkasan mata wang, indeks dolar capai paras tertinggi 5 tahun sementara Euro turun serendah $1.0512, iaitu paras terendah berbanding dolar sejak Mei 2017 ekoran krisis di Ukraine.

Harga spot emas menurun ke 1.05% ekoran tekanan daripada dolar yang mengukuh sementara niaga hadapan emas AS jatuh 0.8% pada $1,888.70.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat