Pasaran Kenderaan Ada Pesaing Baru, Apple Bakal Aktif Dalam Bidang Automotif

227

‘Sampai ke kereta pun guna IOS, semua bidang Apple nak terjah ye.’

Pada acara Apple Worldwide Developers Conference (WWDC) 2022, syarikat pembuat iPhone, Apple Inc telah mengumumkan rancangan menyepadukan perisian dan mendalami bidang pemanduan teras kereta.

Perkara ini disahkan apabila Apple memperagakan papan pemuka kereta (dashboard) baharu yang memapar instrumen utama seperti tolok kelajuan, paras bahan api dan tolok jarak pada satu sesi di WWDC kelmarin.

Perisisan yang dikenali dengan Apple Carplay tersebut bukan sahaja terbatas kepada instrumen utama semata-mata tetapi turut menghubungkan sistem pemanduan teras lain seperti paparan muzik dan peta.

Penggunaan Apple Carplay bukan sesuatu yang baharu di Amerika Syarikat kerana perisian tersebut digunakan secara meluas, termasuk Tesla walaupun ia memiliki perisiannya tersendiri.

Sebagai pegetahuan, jenama kereta elektrik (EV) terkenal China milik Geely dan Volvo Cars, Polestar menjadi kereta pertama yang akan mengintergrasikan Apple Carplay baharu ini.

Selain itu, Apple juga dikatakan sedang mengadakan perbincangan dengan Ford Motor Co, Nissan Motor Co dan Honda Motor Corp.

Sungguh pun begitu, jurucakap Ford mengumumkan bahawa mereka memiliki perjanjian perisian, Android Auto dengan Alphabet Google tahun lalu.

Ternyata rancangan terbaharu Apple ini akan membuka lembaran baharu dalam dunia perisian EV, sedang industri tersebut dilihat semakin mendapat tempat diseluruh dunia selepas perkenalan Tesla.

Dalam pada itu, saham Apple ditutup kurang 1% dan pembentangan di WWDC tersebut dilihat tidak mempengaruhi sentimen pelabur terhadap sektor teknologi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat