Pasaran Kripto Kritikal, Diserang Khabar Buruk Bertubi-tubi!

2,901

Minggu yang ‘huru-hara’ terus membenam pasaran kripto lebih parah sehingga Bitcoin (BTC) terperosok ke paras terendah terbaharu sejak Disember 2020 kepada $17,592.78 pada hari Sabtu.

Antara faktor menyebabkan kejatuhan ini adalah masalah yang semakin meningkat dalam industri kripto dan langkah agresif Federal Reserve (Fed) yang menyebabkan penurunan dalam aset berisiko.

Penjualan meluas bermula pada Isnin minggu lalu, apabila firma pinjaman kripto, Celcius Network telah mengejutkan pasaran dengan mengumumkan untuk menggantung transaksi antara akaun berikutan keadaan pasaran yang sangat tidak menentu.

Pasaran kripto yang sudah sedia lemah berikutan jangkaan pengetatan agresif Fed disebabkan inflasi yang semakin melambung tinggi, terus jatuh lebih rendah ekoran laporan tersebut.

Penderitaan berterusan buat pelabur kripto susulan laporan hedge fund kripto Three Arrows Capital sedang mempertimbangkan pilihan, termasuk penjualan aset dan penyelamatan oleh firma lain pada Jumaat.

Pada hari yang sama, pemberi pinjaman kripto Asia Babel Finance pula berkata ia akan menggantung pengeluaran dan beberapa operasi lain untuk sementara waktu berikutan tekanan kecairan luar biasa dalam pasaran.

Khabar buruk yang bertimpa-timpa ini membuatkan pasaran kripto mencatatkan kejatuhan lebih parah pada penghujung minggu.

Permulaan awal minggu bagaimanapun menyaksikan BTC kembali meraih sokongan untuk didagangkan berlegar pada sekitar harga $20,000 manakala Ethereum (ETH) pula stabil pada $1,070 setelah menjunam sehingga $880 pada Sabtu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat