Pasaran Masih Tak Menentu, Lebih Banyak Malapetaka di Sesi New York?

508

Pasaran mata wang tampaknya masih gagal memberi reaksi terhadap berita mengenai penggabungan bank pusat utama global untuk meningkatkan kecairan ke dalam sistem kewangan bagi mengekang krisis perbankan lebih buruk.

Sebaliknya, dagangan safe-haven melonjak lebih tinggi pada sesi Asia dan Eropah, yang memperlihatkan mata wang yen meningkat ke paras ketinggian 5 minggu berbanding greenback.

Berbanding euro pula, yen menokok sekitar 0.6% dan naik 0.4% berbanding mata wang pound setakat sesi Eropah.

Pun begitu, mata wang swiss franc dan US dolar tidak menjadi pilihan pelabur sebagai safe-haven berikutan krisis Credit Suisse dan kewaspadaan menjelang mesyuarat polisi FOMC pada minggu ini.

Ini dilihat pada pergerakan dagangan swiss franc yang didagangkan merosot 0.3% berbanding euro dan US dolar, manakala berbanding pound pula ia jatuh 0.5%.

Pelabur nampaknya enggan menerima pembelian Credit Suisse oleh UBS, di mana saham Credit Suisse menjunam 60% dan UBS jatuh 10% pada pembukaan sesi Eropah hari ini.

Sementara itu, US dolar pula bergerak mendatar ketika pelabur mengambil langkah berhati-hati menjelang pengumuman dasar Federal Reserve (Fed) pada awal Khamis (waktu Malaysia).

Bagaimanapun, raja mata wang itu mungkin akan memaparkan pergerakan harga lebih jelas pada sesi New York akan datang seiring dengan pembukaan pasaran saham Wall Street.

Berminat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai pasaran mata wang? Jom sertai komuniti kami. Klik di sini untuk join.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat