Pasaran Panik Angkara Lockdown! Harga Minyak Terbenam Lagi

376

Dagangan komoditi hitam menuju penurunan bulanan terbesarnya sejak Mac, dengan harga minyak mentah jatuh ke paras terendah empat bulan ketika prospek pemulihan permintaan bahan bakar bertambah suram berikutan kes coronavirus yang meningkat di seluruh dunia.

Hal ini telah mencetuskan kebimbangan pasaran terhadap pemulihan permintaan minyak global, sekali gus menyebabkan harga minyak menjunam lebih rendah.

Niaga hadapan minyak mentah WTI Amerika Syarikat jatuh ke paras terendah sejak pertengahan Jun pada $34.92 setong sebelum kembali didagangkan stabil pada $36.38 setong hari ini.

Sementara niaga hadapan minyak mentah Brent pula menjunam pada $36.64 setong pada sesi sebelum ini, paras terendah lima bulan dan kemudiannya diniagakan di sekitar harga $37.87 setong pada sesi dagangan hari ini.

Pada Rabu, Perancis telah mengumumkan penutupan di seluruh negara sehingga 1 Disember, dengan semua orang diperintahkan untuk tinggal di rumah kecuali atas sebab-penting dan perniagaan tidak penting akan ditutup selama 2 minggu sebelum keputusan dibuat sama ada ia akan dibuka semula.

Sementara Jerman pula akan melaksanakan penutupan secara separa selama 1 bulan di mana semua restoran dan bar perlu ditutup.

Selain itu, harga minyak turut ditekan oleh lonjakan ketara dalam bekalan minyak mentah AS yang meningkat sebanyak 4.3 juta tong pada minggu lepas, menurut data yang diterbitkan Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA).

Kejatuhan dalam harga minyak telah mencetuskan persoalan terhadap apakah tindakan yang akan diambil oleh OPEC untuk menangani kejatuhan pasaran minyak mentah.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat