Pasaran Saham Parah, Apakah Yang Membuatkan Para Pelabur Resah?

868

Pasaran saham jatuh pada hari Selasa semasa pembukaan pasaran Amerika Syarikat berikutan kebimbangan mengenai kemungkinan kemelesetan di A.S. dan ini telah menjejaskan sentimen pelabur.

Indeks Purata Industri Dow Jones jatuh 420 mata, atau kira-kira 1.4%. S&P 500 pula merosot 1.5%, dan Nasdaq Composite bagi saham berteknologi tinggi merosot kira-kira 1.6%.

Kebimbangan mengenai pertumbuhan ekonomi menghambat pasaran untuk mengambil langkah yang agresif dengan pasaran A.S berhadapan dengan kesukaran untuk pulih. Setiausaha Perbendaharaan A.S. Janet Yellen dan Naib Perdana Menteri China Liu He telah mengadakan panggilan maya bagi membincangkan isu makroekonomi.

Penanda aras hasil Perbendaharaan 10 tahun telah merosot dalam beberapa hari kebelakangan ini walaupun Rizab Persekutuan telah berjanji untuk memerangi inflasi secara agresif. Hasil 10 tahun kini didagangkan hampir dengan hasil 2 tahun. Ia merupakan indikasi terbaru yang diperhatikan oleh pemain pasaran terutama di Wall Street.

Ketua penasihat ekonomi Allianz Mohamed El-Erian berpandangan pasaran A.S pada ketika ini menjangkakan pertumbuhan yang perlaha”. Tinjauan untuk separuh kedua tahun ini dilihat samar dengan pakar strategi Credit Suisse Jonathan Golub menyatakan pada hari Selasa bahawa beliau menjangkakan A.S. akan cuba untuk menghindari kemelesetan dan dalam masa yang sama sasaran S&P 500nya untuk akhir tahun dikurangkan kepada 4,300 daripada 4,900.

Tambah Golub, ” kemelesetan ekonomi boleh dicirikan melalui kemerosotan dalam pekerjaan yang disertai oleh ketidakupayaan pengguna dan perniagaan untuk memenuhi kewajipan kewangan mereka. Pada ketika ini, kedua-dua keadaan tersebut tidak berlaku”.

Pelabur kini memberi tumpuan pada data laporan pekerjaan bagi bulan Jun pada hari Jumaat. Berdasarkan anggaran Dow Jones, pertumbuhan pekerjaan mungkin perlahan pada bulan Jun dengan 250,000 pekerjaan ditambah, turun daripada 390,000 pada bulan Mei. Ahli ekonomi pula menjangkakan kadar pengangguran akan kekal pada 3.6%.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat