Pasaran Semakin Berhati-Hati, Inflasi Bulan April Di Kanada Melonjak Naik!

353

Kadar inflasi UK melonjak naik pada bulan April dan melampaui jangkaan para pakar ekonomi.

Indeks harga pengguna (CPI) yang menjadi pengukur kepada inflasi, melonjak kepada 3.4% pada bulan lalu dari 2.2% yang dicatatkan pada Mac. Ini adalah antara kenaikan pantas yang dicatatkan sejak pandemik bermula.

Menurut Pejabat Statistik Negara Kanada yang mengeluarkan laporan tersebut, bacaan bulan April ini adalah lebih tinggi daripada jangkaan para pakar yang mensasarkan kenaikan sebanyak 3.2%. Berdasarkan kiraan bulan, kadar bacaan CPI mencapai 0.5%.

Selain itu, CPI Teras Bank of Canada (BoC), yang tidak termasuk harga makanan dan tenaga yang tidak menentu, naik menjadi 2.3% setiap tahun dan melepasi anggaran penganalisis sebanyak 1.3% dengan margin yang luas.

Matawang US dolar mencatat pengukuhan berbanding dolar Kanada sebanyak 0.30% susulan laporan inflasi dikeluarkan.

Dalam masa yang sama, kadar inflasi UK meningkat dua kali ganda pada bulan April berikutan kenaikan kos tenaga dan pakaian telah mendorong peningkatan harga pengguna lebih tinggi.

Sementara itu, penganalisis menjangkakan inflasi akan terus meningkat seiring ketika lebih banyak langkah sekatan dan aktiviti ekonomi dibuka semula yang membolehkan pengguna untuk meningkatkan perbelanjaan mereka.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat